Sekarang ni tengah siapkan beg kait untuk diri sendiri. Jadi, tak bolehlah nak upload gambar projek lagi sebab masih belum siap, under construction, entah bila nak siap... tak pa buat pelan2.
Dalam mendidik anak2, saya yang masih hijau dalam situasi ini, walaupun banyak pakar2 ilmu keibubapaan memberi tips2nya tapi bagi saya yang naif ni, ibulah 'perpustakaan' bagi saya. Sebabnya, ibulah yang telah memberi 'PHD' kepada saya sehingga saya menjadi sebegini.
Setiap ibu telah memberi didikan secukupnya kepada anak2, sungguhpun ada kekurangannya...anak2 harus ingat kita telah diberikan tuhan akal dan fikiran supaya dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Saya bermohon pada tuhan agar saya ditetapkan iman, supaya sentiasa mengasihi ibubapa....Saya takut juga sekiranya tuhan gelapkan hati saya, minta dijauhkan....
Bak kata, finalis Imam Muda Ashraf, moga2 dalam 10 org adik-beradiknya, dialah yang terpilih menjaga orang tuanya. Ya-Allah sejuk perut ibu mengandung....