Lama benar saya tak update blog, adalah dalam 5 bulan. Maaflah kalau ada yang mengikuti blog saya ni, saya tak berapa sihat. Mengandung kali ni, lebih teruk dari kakak dgn abang dia. Mungkin sebab faktor umur dan saya pulak baru keguguran dalam bulan 8 last year kemudian bulan 12 dah lekat balik, doktor kata mungkin itu jugak salah satu faktor saya letih sikit pregnant kali ni.
Walau macamana pun, saya bersyukur kerana diberi peluang dan rezeki oleh Allah untuk merasai nikmat mengandung walaupun mengalami alahan yang teruk sampai kena admit hospital, kerana nikmat ini saya telah tunggu selama 11 tahun.
Saya mengandung tak macam ibu2 yang lain, pertama kali mengandung tu, saya cuba kaedah IUI di Klinik Sakit Puan Tan & Tan, Kebun Sireh, Bukit Mertajam, setelah mencuba cara kampung dan makan pil subur selama 11 tahun. Tapi rezeki tu Allah yang beri, sekali cuba dah berjaya. Bila mengandung pulak, saya mengalami mabuk yang teruk. Sehari muntah sampai 15 kali, berat badan turun sampai 15 kg. Tapi mabuk ni sampai perut 5 bulan saja lepas tu tak muntah dah cuma tak lalu makan saja.
Untuk adik2 yang belum dikurniakan cahayamata pertama sekali saya nasihatkan, ingatlah rezeki tu Allah yang bagi, dia yang berkuasa, kalau dia tak bagi lagi tu, adalah sebabnya sebab dia yang maha mengetahui dan sayangkan kita.
Buat anak2, (juga pada diri saya yang juga seorang anak) kasihani dan sayangilah ibu, sesungguhnya berat sungguh dugaan ibu mengandungkan kamu, tapi ibu akan kuat dan tabah, sebab ibu memang sayangkan kamu........