Tadaa ....
Alhamdulillah.... dah lama teringin nak buat Puding Roti karamel, jadi jugak akhirnya.... sedap dan tak berbau hanyir telur, tambah2 kalau disimpan dalam peti ais. pehh... sejuk anak tekak menelannya... nak cuba meh kita tengok resepi...
Bahan2nya :
4 keping roti ( saya pakai roti Gardenia )
1 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya :
1. Gula ditambah air anggaran sudu besar, di masak diatas api perlahan sampai dia warna keperangan,
cepat2 tutup api dan dituang ke dalam loyang, ketepikan.
2. Roti yang dicarik2 + susu cair + susu pekat + telur + esen vanila+air, di 'blend' sampai roti tu hancur.
3. Tuang dalam loyang tadi, kukus selama 30 hingga 40 minit.
** jangan bimbang kalau gula tu mengeras dalam loyang lepas dituang kerana nanti dia akan cair jugak bila dikukus.