Assalamualaikum semua....
Baca paper hari ni, ada info pasal batuk kokol @ batuk 100 hari @ pertusis, so saya pun nak cerita pengalaman anak saya mengidap penyakit ini yang boleh membawa maut bagi bayi yang berumur bawah 1 tahun.
Kira2 umur jihah dalam 2 minggu, dia ada mengalami mild selsema, diikuti dengan batuk sikit2 macam dehem2 saja, saya biarkan, sebab memang tak serius pun, tiba pada hari kejadian , masa tu cukup2 umurnya sebulan, dalam waktu tengahari macam tu tiba2 najihah batuk tak henti2 sehingga di akhir batuknya dia akan 'selop' muka kebiruan tangan dan kaki meronta2 seolah2 mencari nafas, lama jugalah dia selop dekat 30 saat, panik dan sedih saya waktu melihat keadaan dirinya, lepas dia boleh boleh menafas balik dia akan menangis, dan saya tengok watu dia meronta tu, dia akan terkentut dan terberak, memang kesian sungguh saya tengok anak saya, saya amat risau dan hanya menangis waktu tu.
Kemudian kami bawak jihak ke klinik pakar kanak2, doktor kata batuk jihah ni serius, sekiranya tak baik jugak, besok kena rujuk ke hospital, lagilah saya panik, yang peliknya batuk ni tak kerap tapi sekali dia batuk akan panjang. Saya bawak balik jihah, tiba dirumah lepas asar macam tu, tiba2 dia batuk lagi macam t'hari tadi, sekali lagi saya takut dan panik, tak boleh jadik macam ni, dah makan ubat pun jadik jugak, terus kami bawak pergi Hospital K. batas, di sana doktor kata kena refer Hospital Seberang Jaya sebab di sini tak dak doc pakar kanak2, sebelum tu diorang nak kena ambik darah jihah, nurse2 tu bawak dia ke satu bilik dan kami disuruh stay kat luar saja, sekali lagi saya diuji dengan suara tangisan jihah, dekat 40 minit jugaklah dia dalam bilik tu, bila keluar saya tengok dia dah tertido, mata bengkang sebab nangis. Tapi nurse kata tak boleh jugak ambik darah dia, sebab urat dia halus.
Kami di bawa ke Hospital Seberang Jaya dengan ambulan, saya kuatkan semangat tak mau nangis sebab sambil memangku jihah, mata dia tenung saja saya, " adik..kuat semangat ye!". Sampai hospital, ambik darah lagi, Najihah di tempatkan di wad CCU, sebab disyaki Pertusis @ Batuk Kokol. Bila dah duduk kat katil wad, saya tengok dekat 20 tempat cucuk kat tangan dan kaki jihah, Ya-Allah kesiannya anak ibu, berat sungguh dugaan yang dia terima, tapi jihah baik...tak bayak kerenah dia tahu ibu dia masih dalam pantang. Layanan doktor pun baik2, diorang semua akan cakap yang baik2 untuk calm kita.
Saya disuruh catit berapa kali anak batuk, dan waktu dia batuk tu, doktor ajar cara pegang dia untuk bagi keselesaan untuk dia batuk dan mengambil nafas, tapi masa dia batuk tuhan saja yang tahu perasaan saya, kalau boleh biarlah penyakit dia pindah kepada saya. kat wad CCU tu jugak ada banyak kes lagi krikal dari saya, buah pinggang ada, penyakit hati ada, penat pun ada, tabah sungguh ibu2 yang ada kat situ, Ya-Allah kau sembuh kan penyakit anak mereka. Kat CCU pelawat tak boleh masuk kecuali ibu dan bapa saja. Jihah duduk 5 hari jugak, dan memang tak ada ubat untuk pertusis, cuma diberi antibiotik saja.
Lepas 5 hari, walaupun batuk tak baik lagi doktor dah bagi balik dan suruh kita pantau dirumah. Cuma kalau dia demam dan batuk teruk lagi kena terus admit hospital, senang untuk doktor pantau. Ada sekali jihah admit hospital lagi sebab dia demam lepas cucuk sebulan.
Batuk ni akan berlarutan selam 100 hari, saya tabah dan kuatkan semangat walau pun dalam pantang. dari sehari 4 kali batuk, dia akan berkurang seminggu sekali saja batuk, sehingga lah hilang terus selepas 100 hari. Rupa-rupanya jihah ni paru2 dia tak berapa kuat, sebab sampai sekarang dia senang dapat batuk, atau jangkitan pada paru2 yang di panggil alergi. Bila dah setahuin dia akan hilang bila antibodi badan dah kuat. Kata nurse, baby akan diberi suntiksn DTP untuk kokol sewaktu 1, 2, 5 dan 18 bulan.
Alhamdulillah Ain Nur Najihah dah sihat sekarang, Ya-Allah kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat anak2ku...Amin
Ain Nur Najihah