Jom Baca Quran

Sunday, December 16, 2012

~Belajar Asas Buat Kek Dengan Chef Saadiah~

 Jumaat lepas, pada waktu rehat saya minta k.saadiah ajarkan saya asas membuat kek, kawan2 pun turut serta jugak. Seronok sangat, banyak ilmu yang kami dapat.


 Ni  bahan dan alatan yang kami guna, cikgu ajar untuk bahagian telur kena buang pusat dia supaya kek kita tak berbaur hanyir. Kan cikgu kan!! kan!! kan!!


 Bab ni yang best, gula dengan butter tu rupanya kena putar sampai kembang dan ringan dalam 40minit jugak lah..Lepas tu masuk telur pulak pukul lagi, lenguh tangan...bila masukkan tepung tu kena kaup balik saja, jangan kacau byk2 sangat adunan, takut angin dia keluar balik.


Dah siap pukul, tuang dalam loyang yang diisi kertas surih saja, ketuk kek bagi dia rata dan bakar dengan suhu 175 selama 45minit. Ni lah rupanya kek kami, syok...


Ni lah rupa kanak2 ribena, yang baju kuning tu lah chefnya, orang lain semuanya pandai dah buat kek, saya sorang saja tak pandai, sama2 kongsi ilmu, terima kasih k.saadiah...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails